misteri.di.dunia.yang.belum.terungkap

"SPONTANEOUS HUMAN COMBUSTION"

SHC

Pembakaran spontan manusia adalah fenomena dimana seorang manusia terbakar menjadi abu dengan sendirinya. Peristiwa Ini dianggap sebagai salah satu misteri terbesar yang masih belum terjawab sejak 350 tahun yang lalu. Dalam peristiwa ini, benda-benda di sekitar mangsa tidak terbakar termasuk rempat tidur mangsa. Objek-objek yang berada dalam kawasan satu meter dari mangsa menunjukkan tanda-tanda kerosakan akibat panas, seperti cermin yang retak atau lilin yang meleleh. Peristiwa ini terjadi ketika mangsa sedang berada di dalam rumahnya.

"JALAN BIMINI
"
und3rw0rld

Beberapa orang penyelam telah melihat sebentuk jalan setapak di bawah laut utara Pulau Bimini di Kepulauan Bahama. Banyak orang berpendapat jalan setapak itu terjadi kerana sifat semulajadi. Namun, keadaan batu jalan itu menimbulkan tanda tanya kerana susunannya yang terlalu “rapi”. Beberapa ahli menduga jalan itu adalah sebahagian dari Kota Atlantis seperti yang ditulis oleh Plato beberapa abad silam yang lalu. Tetapi, sehingga hari ini belum ada bukti tambahan mengenai kewujudan “kota yang hilang” itu. Dan Jalan Bimini masih menjadi pertanyaan : apakah jalan itu wujud dengan sendirinya? ataupun buatan manusia? kalau begitu, siapa pembuatnya?

"MISTERI KEHILANGAN JIMMY HOFFA"
Photobucket

Dikenali sebagai Pimpinan Buruh Amerika yang paling berpengaruh di tahun 1950 – 1960, Jimmy Hoffa adalah aktivis yang telah mengubah wajah dunia perburuhan Amerika. Tanggal 30 Julai 1975, Hoffa menghilang di tempat letak kereta Detroit dan tidak pernah kembali. Salah satu teori yang diyakini adalah Hoffa dibunuh oleh Anthony Jack Giacalone, seorang pimpinan geng New Jersey. Mayat Hoffa dikatakan ditanam di bawah stadium The Giants, Detroit. Namun, mayat Hoffa tidak berjaya ditemui di tempat tersebut!

"MOTHMAN"
Photobucket

Mothman adalah salah satu makhluk misteri yang cukup terkenal di daerah Virginia. Mothman digambarkan mahluk yang bersayap dan setinggi manusia, bermata merah, kadang-kadang muncul tanpa kepala dan mata merahnya ada di dada. Pertama kali ia dijumpai semasa di daerah perkuburan di Virginia tahun 1926. Hingga hari ini, polis masih menerima laporan mengenai kemunculan Mothman. Siapakah dia? Tidak seorang pun yang tahu. Secara umum, tidak pernah ada laporan mengenai orang yang diserang Mothman.

"JACK THE RIPPER"
Photobucket

Terkenal sebagai pembunuh misteri di tahun 1888, identiti Jack The Ripper sehingga kini tidak pernah terungkap. Mangsanya adalah wanita Tuna Susila yang dibunuh dengan cara sempurna, membuat para polis berfikir Jack adalah seorang dokter bedah. Walau sudah banyak buku, filem, dan teori yang disiarkan, identiti Jack The Ripper tetap misteri dan belum ada satu pun bukti yang boleh menjelaskan jati diri sebenarnya.

"THE BABUSHKA LADY"
Photobucket

Jika Anda pernah menyaksikan rekaman pembunuhan Presiden John F. Kennedy di Dallas tahun 1963, perhatikan di sudut kanan rakaman itu. Ada seorang wanita berpakaian Babushka ( selendang buatan Rusia ) yang sedang merakam aksi di tempat kejadian. Wanita itu diyakini sebagai orang penting dalam menyelesaikan pembunuhan John F. Kennedy kerana dia berada pada posisi yang sangat dekat dengan mangsa ketika kejadian itu terjadi. Dalam rakaman itu, wanita tersebut sedang memegang kamera, dan merakam kejadian yang berlaku. Anehnya, wanita itu tidak berjaya dicari. Pihak FBI telah meminta wanita itu untuk menyerahkan rakaman itu demi membantu FBI mencari pembunuh Presiden Amerika itu. Namun wanita itu tidak pernah muncul. Siapakah dia? Bagaimana dia boleh berada begitu dekat dengan kenderaan Presiden tersebut? Tidak ada orang yang tahu hingga hari ini.

"ZODIAC KILLER"
Photobucket

Salah seorang pembunuh paling cekap yang tidak pernah tertangkap hingga hari ini adalah Zodiac Killer. Tahun 1960, Zodiac Killer melakukan usaha pembunuhan terhadap 7 orang di California Utara. Lima mangsanya meninggal, dan dua terluka parah. Polis mengalami kesulitan mencari maklumat diri pembunuh ini. Sebulan selepas pembunuhan pertama, sang pembunuh mengirim surat kepada polis dan memperkenalkan dirinya sebagai Zodiac Killer, serta mencabar polisi untuk menangkapnya. Setelah aksi pembunuhan ke-7, Zodiac Killer tiba-tiba lenyap. Apakah dia telah terbunuh? Dan siapa dia sebenarnya? Tidak ada orang yang mampu menjelaskan.

"OGOPOGO"

Photobucket

Jika mahluk Danau Loch Ness bernama Nessy sudah terbukti adalah palsu, maka lain halnya dengan Ogopogo. Mahluk yang mirip dengan Nessy ( berleher panjang, bertubuh besar, dan berkepala seperti kadal ak pon xtaw kadal tuh mende) ini adalah mahluk misteri yang muncul di Sungai Okanagan, Canada. Banyak saksi yang berjaya merakam foto mahluk ini. Namun tidak seorang pun yang berjaya menangkapnya. Mahluk yang juga dikenali dengan nama Naitaka ini kini menjadi maskot Taman Kelowna, Canada. Apakah Ogopogo benar-benar ada? Benarkah dia adalah haiwan purbakala yang masih hidup? Tidak ada bukti konkrit yang boleh menjelaskan kewujudannya sehingga hari ini.

"SHAG HARBOUR INCIDENT"

Sebuah insiden ledakan misteri yang terjadi di Pelabuhan Shag, Nova Scotia, tanggal 4 Oktober 1967. Sebuah benda telah menghentam Pelabuhan Shag pukul 11.20 malam, menghasilkan ledakan yang kuat. Tiada korban jiwa yang berlaku. Saksi melihat benda itu seperti “piring terbang”. Tidak lama kemudian, tempat itu segera ditutup. Pihak militan Canada segera ke tempat kejadian. Tempat itu dibersihkan. Apa sebenarnya yang terjadi? Benarkah piring terbang yang jatuh? Pemerintah Canada tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai hal ini. Dan hingga hari ini, misteri ini tidak pernah diungkapkan.

"BOLA CAHAYA MARFA"

Juga dikenali “Bola Cahaya Hantu”. Pertama kali kelihatan sekitar tahun 1880 di sebelah barat kota Marfa, Texas. Cahaya itu digambarkan sebesar bola keranjang, melayang dengan ketinggian manusia. Biasanya berwarna putih, kuning, oren, merah, dan kadang-kadang biru atau hijau. Bola-bola itu biasa terbang mengelilingi daerah tertentu, kemudian menghilang dengan sendirinya. Hingga hari ini, cahaya itu masih kelihatan. Tidak ada penjelasan, apa sebenarnya cahaya-cahaya itu.

0 idea.bernas: